Tentang Klinik Etika

Penjagaan yang bermula dengan rasa hormat.

Kami mahu setiap pesakit berasa selesa untuk bertanya, memahami pilihan dan membuat keputusan yang termaklum.

Buat Temujanji
Dr Qim semasa latihan andrologi di India

Cerita kami

Takut, malu atau segan? Di sini, anda boleh bercakap dengan tenang.

Kami faham, bukan mudah untuk bercakap tentang masalah kesihatan lelaki. Di Klinik Etika Kota Bharu, anda boleh mendapatkan pemeriksaan dalam suasana yang selesa, privasi dan tanpa rasa dihakimi.

Gambar latihan di India menunjukkan usaha pembangunan ilmu dalam bidang andrologi.

01

Hormat

Setiap kebimbangan didengar tanpa menghakimi.

02

Jelas

Pilihan dan batas rawatan diterangkan dengan bahasa mudah.

03

Bertanggungjawab

Tiada janji hasil atau tuntutan yang tidak dapat disahkan.

Pasukan doktor

Kenali doktor Klinik Etika.

Dr Izuddin

Dr Izuddin

Doktor Klinik Etika

MD (USM) Cert. Prostate Disease & Erectile Dysfunction (Harvard) Opiate Dependence Course (UMCAS) Cert. Mastering HIV PrEP and nPEP (MSHM)

Dr Qim

Dr Qim

Doktor Klinik Etika

MBBCh Tanta University, Egypt Cert. Men Health and Andrology IASH, India Cert. Ultrasound Musculoskeletal Pain, Jakarta

Dr Jay

Dr Jay

Doktor Klinik Etika

MBBCh Alexandaria, Egypt Opiate Dependence Course (UMCAS) Cert. Mastering HIV PrEP and nPEP (MSHM)

Langkah pertama

Sedia untuk berbincang dengan doktor?

Hubungi Klinik Etika untuk menyemak slot konsultasi dan maklumat terkini.

Buat Temujanji